Konvensyen Belia Relawan HALUAN 2013

“Belia Bersinergi Pemangkin Perubahan”

icon
2-3 November 2013
icon
KUIS, Selangor
hari
0
jam
0
0
minit
0
0
share on

Anjuran

HALUAN

Kerjasama

KTD

Media Rasmi

MediaHALUAN

Nasir, Sabaruddin & Associates
Inter XS Media Sdn Bhd
Klinik khusus merawat Jerawat & Jeragat.
Ideafix Solutions

Pengenalan

Kenali kami dan objektif konvensyen
Latar Belakang

Sejak era Rasulullah صلى الله عليه وسلم lagi baginda didokong oleh pemuda untuk menyampaikan Islam kepada semua manusia. Begitu juga di Malaysia. Sekiranya kita ingin melihat masyarakat Malaysia yang menghayati ajaran agama Islam, fokuslah kepada pembinaan dan pembentukan generasi muda kerana mereka adalah agen perubahan yang hebat.

Menyedari hakikat bahawa pentingnya pemuda ini dimantapkan fikiran dan akal mereka bagi memenuhi tuntutan ummah, maka konvensyen ini dirangka untuk memantapkan lagi barisan pelapis dalam memaju perubahan Malaysia kearah yang lebih baik. Konvensyen Belia Relawan HALUAN adalah penganjuran buat kali kedua. Penganjuran kali pertama pada tahun 2012 telah mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan dari pemuda-pemudi Malaysia.


Objektif

Objektif berikut telah ditetapkan

topic
Memupuk Kesedaran

Sebagai platform untuk belia memupuk kesedaran Islam dalam diri mereka tentang cabaran dan realiti kehidupan masa kini.

topic
Mendidik & Berbakti

Memberi kesedaran kepada belia untuk terlibat dan bekerjasama dengan HALUAN dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti mendidik dan berbakti pada masyarakat.

topic
Rangkaian Belia

Menyediakan ruang pertemuan dan bertukar pandangan bagi belia membina rangkaian yang sihat selari dengan perkembangan dunia Islam kontemporari.


Siapa Perlu hadir?
  • Sesiapa sahaja yang bergelar belia. Belia ialah fasa di antara kanak-kanak dan dewasa. Istilah "belia" sering ditukar ganti dengan "remaja" dan "pemuda", selalunya mempunyai erti yang sama, cuma sekali-sekala dibezakan.
  • Golongan ini merupakan teras penting yang menggambarkan kewujudan negara pada masa akan datang. Belia di Malaysia ditafsirkan sebagai seseorang yang berumur 18 hingga 40 tahun.
  • Pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, mereka yang sudah bekerja atau yang masih mencari pekerjaan, sudah berkeluarga atau bujang, lelaki dan perempuan dan semua yang berada dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun di jemput hadir.

Siapa kami

HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988. HALUAN merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip dan nilai Islam, mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik mahupun geografi.

Sejak tahun 2002, dengan peningkatan keahlian dan kemampuan, HALUAN telah melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Perkembangan secara terancang ini melibatkan ramai aktivis HALUAN membantu dalam menangani permasalahan sosial, memberi bantuan kepada masyarakat miskin dan terbiar serta anak-anak yatim. Selain itu, HALUAN juga prihatin dengan gejala sosial yang berleluasa dewasa ini dan turut memainkan peranan yang aktif dengan menganjur dan melaksanakan aktiviti pembangunan modal insan khususnya melibatkan para belia dan remaja.

Konvensyen Belia HALUAN ini amat baik untuk melatih para pemuda-pemudi menjadi 'beacons of hope' (obor harapan) ummah Islam.

– Muhammad Thaqif, 22

Bersyukur kerana terpilih untuk menghadiri konvensyen ini. “Konvensyen ini mengajar saya untuk menjadi orang yang luar biasa,”

– Mazlin Bakar, 21

Banyak maklumat serta pedoman pembimbing diperolehi daripada konvensyen tersebut dan beliau dapat pelajari beberapa perkara baru serta kesedaran mengenai realiti masa kini.

– Muhammad Hafiz Ibrahim, 19

Memberi kesedaran kepada belia untuk terlibat dan bekerjasama dengan HALUAN dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti mendidik dan berbakti pada masyarakat.

– Ahmad Muhammed Jamallullail, 29

Merasa beruntung amat sangat kerana tidak pernah menghadiri konvensyen seperti ini. “Sebelum ini, saya tidak pernah mengenali Islam yang sebenarnya. Dalam konvensyen ini, dan kepelbagaian penyampai yang tampil di atas pentas, Islam itu terbuka luas di mata hati saya. Saya bersyukur sangat,”

– Zuriana Yusri, 24

Panelis

Siapakah yang akan berkongsi pengalaman?
Juga menampilkan

Beberapa tokoh terkemuka tanah air.

  • speaker
    En. Hasri Ahmad
    Project Manager, Deepwater Oil & Gas Development, Murphy Oil Corp.
  • speaker
    En. Rosdi Baharom
    Mantan Pengurus Hal Ehwal Pelajar KTD
  • speaker
    En. Mohd Abdoh
    Ketua Unit Pentadbiran Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)
  • speaker
    En. Mohd Razali Maarof
    Motivator
  • speaker
    En. ‘Ali ‘Irfan Jamaluddin
    Motivator
  • speaker
    En. Abu 'Ubaidah
    Ketua Siswa HALUAN
  • speaker
    Ust. Ahmad Muhtad
    Pengetua Sekolah Agama At-Toyyibah
  • speaker
    Ust. M. Umar Aiman
    Tenaga Pengajar Sek Men Ibnu Khaldun
  • speaker
    Dr. Siti Mariam
    Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Poliklinik & Pusat Bersalin Barakah
  • speaker
    Prof Madya Dr. Zulaiha
    Pensyarah Fakulti Teknologi & Sains Maklumat UKM
  • speaker
    Pn. Ezura Nashuha
    Peguam Syarie & Peguamcara

Dapatkan poster terkini !

Sebarkan kepada rakan-rakan anda di kolej dan tempat kerja

Tentatif

Tertakluk kepada perubahan
Hari 1

(Sabtu, 2 November 2013)

7.30 pagi - 9.00 pagi

(1 jam 30 minit)

PENDAFTARAN

Hadir ke kaunter pendaftaran. Sarapan pagi disediakan.

9.00 pagi - 11.00 pagi

(2 jam)

UCAPTAMA

Dr Abdullah Sudin Ab. Rahman, Presiden HALUAN

11.00 pagi - 11.30 pagi

(30 minit)

REHAT
11.30 pagi - 1.00 petang

(1 jam 30 minit)

KULIAH 1

“Iman dan Ukhuwah Pencetus Perubahan” Oleh Ust. Ahmad Muhtad Yusuf

1.00 petang - 2.30 petang

(1 jam 30 minit)

REHAT

Makan Tengahari & Solat Zohor

2.30 pagi - 4.00 petang

(1 jam 30 minit)

KULIAH 2

“Realiti Pemuda dan Hijrah” Oleh En. Mohd Razali Maarof

4.00 petang - 5.30 petang

(1 jam 30 minit)

KULIAH 3

Peserta Wanita: “Forum Pembangunan Wanita”
Assoc. Prof. Dr. Zulaiha Ali Othman (Moderator), Fatimah Syarha Nordin, Pn. Ezura Nasuhah Omar, Dr. Siti Mariam Sh. Ahmad

Peserta Lelaki: Slot Kecergasan (untuk peserta lelaki)

5.30 petang - 8.00 malam

(2 jam 30 minit)

REHAT

Minum Petang, Solat Asar, Rehat, Persiapan Diri & Solat Maghrib

8.00 malam - 11.00 malam

(3 jam)

MALAM KESENIAAN ISLAM

Coming soon

Hari 2

(Ahad, 3 November 2013)

6.00 pagi - 7.30 pagi

(1 jam 30 minit)

KULIAH SUBUH

“Ukhuwah dalam Pembinaan Masyarakat” Oleh Ust.M. Umar Aiman Osman

7.30pm - 8.00 pagi

(30 minit)

SLOT KECERDASAN

8.00 pagi - 9.00 pagi

(1 hour)

REHAT

Sarapan pagi & persiapan diri

9.00 pagi - 11.00 pagi

(2 jam)

KULIAH 4

"Erti Hidup dalam Berakhlak, Mendidik dan Berbakti” Oleh En. Rosdi Baharom

11.00 pagi - 11.30 pagi

(30 minit)

REHAT
11.30 pagi - 1.00 petang

(1 jam 30 minit)

FORUM

Forum: “ Belia Bersinergi Pemangkin Perubahan”
En. ‘Ali ‘Irfan Jamaluddin (Moderator), Dr. Engr. Solehuddin Shuib, En. Mohd Abdoh, En. Abu 'Ubaidah

1.00 petang - 1.30 petang

(30 minit)

MAJLIS PENUTUP

Resolusi, Pelan Tindakan & Ucapan Penutup oleh En. Hasri Ahmad

* Tentatif ini tertakluk kepada perubahan.
* Semua aktiviti berlaku di Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kecuali dinyatakan.

Lokasi Konvensyen

Bagaimana untuk ke sana?
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Pelbagai kemudahan disedia untuk ke lokasi konvensyen. Anda boleh menaiki kenderaan sendiri dan boleh juga menggunakan kenderaan awam


FAQ

Anda ada soalan?
Boleh saya mendaftar atau membuat bayaran ketika hari konvensyen?
Pihak kami tidak menyediakan kaunter pendaftaran ketika konvensyen. Hanya kaunter pengesahan sahaja akan diwujudkan bagi melancarkan proses. Oleh itu, peserta diminta untuk mendaftar secara online sahaja.
Berapa bayaran jika saya tidak ambil penginapan?
Bayaran yuran pendaftaran ialah RM50 seorang. Penginapan akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM10 seorang.
Berapa bayaran jika saya datang sehari sahaja?
Bayaran adalah tetap RM50 seorang.
Saya telah mendaftar, tetapi sewaktu konvensyen saya tidak dapat hadir. Boleh saya dapatkan kembali bayaran?
Semua penyertaan adalah muktamad dan wang tidak akan dikembalikan.
Adakah anak-anak kecil dibenarkan masuk bersama ke dalam dewan?
Peserta diingatkan untuk tidak membawa anak kecil ke dalam dewan konvensyen semasa acara berlangsung. Bilik dan kemudahan untuk anak-anak kecil disediakan. Tiada perkhidmatan nursery.
Adakah tempat duduk adalah terhad bagi mereka yang berminat?
Tempat duduk adalah terhad dan hanya peruntukan sebanyak 2500 tempat duduk sahaja.
Bagaimana untuk mengetahui sekiranya saya berjaya atau tidak mendapat tempat?
Klik pada butang Daftar Segera & rujuk bahagian Semakan Pendaftaran. Masukkan no kad pengenalan dan klik semak. Anda telah mendaftar jika butiran anda lengkap dan tepat.
Adakah tiket mendapat diskaun sekiranya datang berkumpulan?
Tidak. Harga adalah sama setiap seorang bagi semua peringkat umur berkerja atau belajar.
Saya ingin membuka gerai tetapi bagaimana?
Harap maaf gerai telah penuh. Dan sebarang penyertaan untuk membuka gerai telah ditutup.
Bolehkah saya membuat bayaran dan mendaftar secara berkumpulan?
Insyallah pendaftaran secara berkumpulan dibenarkan. Sebagai contoh: Anda membuat pembayaran sebanyak RM200 untuk 4 orang dalam satu resit. Isi nama anda yang pertama dan tambah 3 orang ahli anda.

Maklumat Lanjut

Hubungi:

Ibu Pejabat HALUAN
(Pusat Operasi KOBAR 2013)
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

A-03-1, Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Tel : +603 8926 8892
Fax : +603 8926 6892
Emel : kobar@haluan.org.my


@Facebook

x

Pendaftaran KOBAR 2013

Anda boleh mendaftar secara individu atau berkumpulan
« Kembali ke Menu Pendaftaran | Buka halaman ini dalam window baru